2014? Cepatnya masa berlalu...


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Harini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Salam Sayyidul Ayyam. Hee. Dah lama tak update blog. Rasa dah dekat sebulan jugak meninggalkan blog tanpa kesan. Hehe. Alhamdulillah..dah nak masuk tahun baru, tahun 2014. Umur pun semakin meningkat. Allahuakhbar. Bersyukur sangat sebab masih diberi kesempatan utk melihat dunia & alam semesta yg cantik ni. Ofcourselah! Ciptaan Allah semuanya cantik-2 belaka. MashaAllah. Bila dah nak masuk tahun 2014 ni, rasa takut ada, gementar pun ada. Hmm mungkin gementar utk melalui liku-liku kehidupan yg baru mungkin? Hehe. Cuma tukar sesi je utk tahun 2014 ni. Banyak kenangan-2 yg dah dicipta. Banyak jugak pengajarannya. Alhamdulillah. Kesilapan-2 lalu tu, jadikan sebagai pengajaran supaya kita boleh menjadi seorang yg lebih baik lagi. Yg paling utama sekali dalam hidup sebagai seorang Muslim ni, SOLAT FARDHU. Haaa! 5 waktu je. Setiap satu waktu, 5-10 minit je. Sekejap je kan? hehehe. Seronok bila hidup ni dipenuhi dengan amal ibadah kepada Allah s.w.t. Selagi kita masih bernyawa ni, buat lah amal kebaikan, tapi mesti niat kerana Allah taw. Supaya kebaikan yg kita buat tu ada manfaatnya. Dan mesti kena ikhlas. In shaa Allah. Kita sama-sama buat kebaikan, sama-sama mencari keredhaan Allah. Bila ada buat salah, tegurlah. Tapi janganlah tegur macam nak bergaduh. Tegur elok-elok. Macam tengah berbual kan. Seronok bila dapat bercerita tentang sesuatu yg baik-2. Alhamdulillah-2! Ana pun bukannya seorang yg terlampau baik. Masih ada yg kurang dalam diri. Masih banyak yg perlu diperbetulkan. Jadi jom kita sama-sama mengejar dan mendekatkan diri dengan Allah. Tanpa Allah, takdanya kita wujud di muka bumi ni. Ucaplah, Alhamdulillah.
Ana berundur diri dulu. In shaa Allah, berjumpa di lain masa. Ewahh macam rancangan tv pulak ye. Hehehe. Saja nak gunakan ayat tu, rasa macam sesuai pulak. Hehe.
Dalam pada waktu kita senang, ingatlah, kenanglah pada mereka yg dilanda kesusahan. Doakan yg terbaik utk mereka supaya Allah sentiasa melindungi dan memberi pertolongan kepada mereka. In shaa Allah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh♥
Jangan pandang aku mulia, kerana sesungguhnya aku juga seorang pembuat dosa. Allahurabbi Warabbuk!