Good luck to all PT3's candidates

Assalamualaikum :) Alhamdulillah. Di bulan Ramadhan yg mulia ni, tira nak ucapkan selamat berpuasa kpd semua umat Islam. Ujian? Kalau boleh setiap hari ujian akan datang pd kita. Cuma kadang-2 manusia ni tak tahu pun kesusahan atau kesenangan yg mereka hadapi itu adalah Ujian utk mereka. Nak habaq mai, sekarang ni batch 99 dah jadi budak U. Korang ada? Haha. Ramai kakak-2, abang-2 kat luaq sana tak tahu betapa sukarnya perjalanan batch 99 ni. First pbs, then kata pbsmr, now, PT3 :'D Sukanyaaa. Memang tak baik nak merungut, tapi apakan daya, terpaksalah kitorang harungi. 3 months non stop. Korang maybe boleh buat folio, masa sebulan, everyday bawak balik rumah, buat. Wahh. Kitorang? Hmm. Kena buat kat sekolah je. Tak boleh bawak balik rumah. Dua minggu. Ya Allah, memang macam budak U. Tapi budak U kira senang lagi sbb boleh buat assignment diorang everywhere. Hmm. Apa pun, good luck PT3's candidates. Do your best. Make your parents proud of u. Even me. Huuuu TT. Rasa nak nangis. Ni nak bagitahu, sambil-2 update blog ni, tengah cari bahan utk PT3 lah. Nasib baik dua sub je. Tapi itupun dah susah bagi kitorang. Pening kepala fikir. Ya Allah, moga akan datang, ada kesenangan utk kami. Amin :) sama-2 aminkan ye. Insya-Allah. 

Sambil-2 nak raya, sambil-2 fikir pasal PT3 ni. I guess, listening test more easier berbanding kerja kursus. Takpalah. Dah takdir Allah utk kami harungi semua ni. Insya-Allah ada sesuatu yang lebih senang akan kami capai suatu hari nanti. Amin ya rabbal alamin. Sama-2 berusaha menuju kejayaan. Moga ilmu yg kita tuntut diberkati Allah, guru, ibu bapa dan rakan taulan. Bittaufiq wannajah fil imtihan! :) Assalamualaikum warahmatullah. Ahnyeongi jumuseyo!

MAY

Assalamualaikum. Ya Allah terasa dah lama sangat tak update blog ni. Harini barulah berkesempatan nak update. Yelah zaman sekarang semua busy dengan smartphon even budak kecil umur 4-7 tahun. MasyaAllah. Dunia pun dah semakin tua. Hari makin cepat berlalu. Sekarang dah bulan Mei. Subhanallah cepat betul masa berlalu. Umur pun semakin meningkat. Bila makin besar, makin pandailah berfikir. Alah i know, semuanya pandai-2. Hehe. 
Baru-2 ni, 6.5.2014, ada Perlawanan Hoki Peringkat MSSD P18 dekat Stadium Hoki Taman Daya, Pasir Gudang, Johor. First time tira ke sana. First time juga dapat gi perlawanan hoki. Main hoki untuk sekolah. Memang besttt! Hehehe. Tapi....dengan dukacitanya tira bagitahu, sekolah tira kalah. Tak dapat gi separuh akhir. Kitorang satu team dah usaha sehabis baik, tapi dah takda rezeki nak buat macam mana. Insya-Allah tahun depan kitorang akan cuba buat yang lebih terbaik dan cuba untuk dapat tempat even bukan juara. 
14.5.2014 ni tira ada mid-term. Ya Allah! Takutnya. Sungguh tira tak ready lagi. Tapi tira akan cuba untuk study. Nak buat mak abah tira bangga dengan tira. Tira taklah pandai macam orang lain yang selalu dapat straight A je. Tapi tira akan cuba. Usaha yang penting. Hehe. Doakan tira ye. Insya-Allah :)
Oklah. Dah cukup panjang tira type, update utk kali ni. Saja nak update sebab rasa dah lama sangat tak update blog. Rasa macam orang dah tak nampak blog tira. Hehehe. Idc. Gtg. Assalamualaikum w.b.t :) 
Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Insya-Allah :)